Tip berjimat cermat dan menyimpan –
Baiklah! Izinkan Saya Kongsi “3 KAEDAH” Yang Boleh Anda Lakukan Untuk ATASI “Masalah Tak Cukup Duit” Setiap Bulan!!
Sebenarnya, ada 3 perkara yang boleh anda lakukan apabila anda menghadapi masalah tidak cukup duit!
- Pinjam Duit
- Tambah Duit
- Jimat Duit Tips Jimat
Teruskan membaca… saya akan terangkan satu demi persatu bagi setiap solusi tersebut!
Kaedah #1 – Pinjam Duit!
Ini adalah solusi yang paling mudah yang seringkali ramai orang akan terfikir dan lakukan.
Asal tak cukup duit sahaja… terus terfikir untuk pinjam duit!
Pinjam dengan pasangan, pinjam duit anak, pinjam dengan kawan, pinjam dengan bos, adik beradik, mak, ayah, sedara-mara… dan sesiapa sahajalah yang terlintas di fikiran.
Kalau pinjam sikit… dan sesekali sahaja… kemudian anda lunaskan pinjaman tersebut dengan segera… itu ok dan tak jadi masalah!
Tapi yang seringkali menjadi masalah… apabila dah pinjam.. kemudian buat-buat lupa pula.. lepastu, nak pinjam lagi… sedangkan pinjaman yang sebelumnya tak bayar lagi… kalau 1-2 kali tu mungkinlah boleh dimaafkan lagi… tapi kalau dah selalu buat begitu… akibatnya, kawan-kawan dan saudara-mara semua pun lari bila nampak muka atau mesej kita. Haisshhh! Malu lah.. mana nak letak muka bila jumpa sedara mara masa raya nanti!Tips Jimat
Bila kawan-kawan dan saudara semua dah lari… mulalah terfikir nak pinjam kat ahlong pula….. argh! ini memang cari nahas!
Kalau betul-betul terdesak dan perlukan pinjaman, boleh cuba buat pinjaman peribadi di bank, atau gunakan khidmat “tunai dari kad kredit” .. kadar interestnya agak tinggi, iaitu antara 18-24% setahun.. walaupun ia agak tinggi.. tapi sekurang-kurangnya, ia dapat mengelakkan diri kita bermasam muka dengan saudara-mara akibat “pinjam duit tapi tak bayar”.
Orang kata, kalau nak susah, biar susah sendiri.. jangan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau mahu membuat pinjaman, sila pinjam di bank sahaja… elakkan meminjam dengan kawan atu saudara-mara.
“Tapi… wang yang saya nak pinjam tu sikit je! Ratus-ratus sahaja! Hanya untuk lepaskan beli susu anak”..
Jika amaunnya sedikit, hanya ratusan ringgit atau sekadar 1-2 ribu ringgit, anda boleh cuba pinjam dengan GoPinjam yang terdapat dalam aplikasi TnG eWallet. Tapi AWAS! kadar interest yang dikenakan adalah sangat tinggi, iaitu sehingga 36% setahun. Jadi, perlu fikir banyak kali sebelum nak pinjam. Dan pastikan!, anda bayar semula pinjaman anda itu dalam tempoh 1-2 minggu.
Kaedah pinjam ini, hanya sesuai digunapakai kalau kita memang terdesak nak gunakan duit segera sekali-sekala, yang mana, duit pinjaman tersebut, memang mampu untuk kita bayar dan selesaikan dalam tempoh kurang sebulan.Tips Jimat
Tapi, kalau tiap-tiap bulan asyik terdesak dan mahu meminjam sahaja…. kaedah “pinjam duit” ini kurang sesuai untuk anda, malah, ia boleh menyebabkan kedudukan kewangan anda menjadi lebih parah dan hidup anda akan jadi lebih merana & tertekan di kemudian hari.
Jadi, kita cuba tengok kaedah yang seterusnya…
Kaedah #2 – Tambah Duit!
Ini adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita lakukan apabila kita hadapi masalah “tak cukup duit setiap bulan”. Zaman sekarang ni, kalau sekadar bergantung kepada 1 sahaja sumber pendapatan sahaja memang tak mencukupi. Kena ada sekurang-kurangnya 2-3 sumber pendapatan.
Ada banyak cara dan pilihan untuk tambah pendapatan zaman sekarang ni. Antaranya adalah seperti…
1- Buat aktiviti gig, seperti bawa grab, jadi rider foodpanda atau lalamove, serta banyak lagi aktiviti-aktiviti gig yang ada ditawarkan pada zaman ini. Benda ni boleh dilakukan selepas waktu kerja atau pada waktu hujung minggu. Pendapatan yang diperolehi, boleh tahan juga… cuma, ia perlukan masa & tenaga dan pengorbanan waktu rehat. Bagi orang bujang yang kurang aktiviti, mungkin sesuai untuk buat perkara ini. Tapi bagi yang dah berumahtangga dan ada anak-anak, mungkin kurang sesuai. Tapi apa-apa pun, bergantung juga kepada situasi masing-masing.Tips Jimat
2- Berniaga. Zaman sekarang, nak berniaga tak susah macam zaman dulu, nak kena ada modal dan stok barang, kemudian kena buka meja dan payung kat pasar malam.. kalau jenis “rambo dan jiwa kental sikit” terus pergi menjual dari meja ke meja kat kedai makan. Zaman sekarang, ramai orang start berniaga pakai handphone sahaja. Jual barang pun secara online sahaja.. kat shopee, lazada, mudah, facebook, ig dan sebagainya. Tak perlu dah berpeluh-peluh dan bersusah-payah angkut barang ke hulu ke hilir. Stok barang pula tak perlu nak kena beli dahulu. Berniaga secara dropship sahaja,dapat pembeli, baru ambil stok dari pembekal.
Tapi disebabkan benda ini agak mudah dan hampir semua orang boleh buat, maka, ramai yang cuba buat dan menyebabkan persaingan antara penjual menjadi sangat-sangat sengit. Kena ada ilmu dan usaha yang konsisten untuk berjaya dalam berniaga ini.Tips Jimat
3- Melabur. Ini satu lagi kaedah yang boleh dilakukan untuk tambah pendapatan. Tapi kaedah ini, hanya sesuai untuk orang yang dah stabil pendapatan dan ada banyak duit lebihan simpanan. Bagi anda yang berada dalam situasi sentiasa tak cukup duit setiap bulan ini, boleh letak tepi dulu kaedah tambah duit ini.
Semua kaedah “Tambah Duit” ini memang sangat bagus dilakukan untuk mengatasi masalah “tak cukup duit” setiap bulan. Namun begitu, ia memerlukan banyak ilmu, serta masa yang sedikit panjang untuk membuahkan hasil.
Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah & pantas hasilnya untuk mengatasi masalah “tak cukup duit” ini.. iaitu dengan menggunakan kaedah #3…
Kaedah #3 – Jimat Duit!
Ya! Sebenarnya.. inilah kaedah yang paling pantas yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah “tak cukup duit” setiap bulan.
Ia lebih mudah dilakukan dan kesannya adalah serta-merta!.
Langkah pertama untuk jimat duit setiap bulan… adalah dengan cara menyenaraikan semula semua perbelanjaan bulanan kita. Kemudian, dari senarai tersebut, kita teliti satu demi satu, fikirkan dan pertimbangkan semula, adakah perbelanjaan tersebut boleh dibatalkan? atau ditukar? atau dikurangkan?.
Tak lama pun nak buat perkara ini, hanya ambil masa sekitar 1 jam sahaja.
Kali pertama saya buat proses ini, terus saya dapat jimatkan kira-kira RM400 perbelanjaan bulanan saya. Dimana, setelah saya senaraikan semua perbelanjaan bulanan saya, baru saya tersedar, ada banyak benda yang sebenarnya saya tidak perlukan dalam hidup saya.
Saya telah batalkan langganan tv satelit & apps video streaming yang sebenarnya, sangat-sangat lah jarang saya dan keluarga gunakan. Saya juga baru tersedar saya telah membayar bill telefon yang terlalu tinggi, jadi saya telah tukar pelan bil telefon saya dari ratusan ringgit sebulan menjadi belasan ringgit sahaja sebulan. Begitu juga dengan pelan takaful.. ada beberapa pelan takaful yang saya langgan sebenarnya , manfaatnya bertindih dan telahpun di cover oleh pelan takaful yang lain.Tips Jimat
Di samping itu, saya juga turut mengubah beberapa tabiat & amalan cara hidup saya.. Alhamdulillah.. saya kini sudah tiada lagi “masalah tidak cukup duit” setiap bulan!!!
Setelah beberapa bulan saya amalkan kaedah “jimat duit” ini! Saya mula dapat membuat simpanan dan mengekalkan wang tersebut! (tidak lagi perlu korek semula seperti sebelum ini)
Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!
Hidup Lebih Tenang!
Saya kini rasa lebih tenang! Tidak lagi rasa tension dan nak marah-marah setiap kali bila lihat harga barang naik!
Bila nak balik kampung juga, saya sudah tidak rasa begitu tertekan seperti sebelum ini yang mana, apabila setiap kali mahu pulang ke kampung, mata asyik terbayang-bayang duit melayang sebab nak bayar kos minyak dan tol!Tips Jimat
Duit simpanan di dalam bank juga semakin bertambah, walaupun pertambahan itu sedikit, namun ianya konsisten dan tidak lagi seperti sebelum ini yang asyik “masuk-keluar-masuk-keluar” sahaja.
Saya Terfikir…
Apabila saya mula nampak perubahan yang positif di dalam hidup saya!
Saya terfikir… alangkah baiknya jika saya dapat kongsikan ilmu tentang berjmat-cermat ini dengan orang lain! Saya pasti, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti mana yang pernah saya alami!
Akhirnya… timbul di fikiran saya untuk menulis dan mencatatkan semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang “kaedah jimat duit” ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya.
Maka.. dengan itu… terhasillah sebuah ebook…Tips Jimat