Connecting buyers and sellers seamlessly, iklan2u.my offers a user-friendly interface to post and explore a diverse range of classified ads.
Editor choice

Tangani karenah suami

Klikjer
Deal Score0
Deal Score0

Tangani karenah suami – Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah….

1. Orang Sekeliling SuamiUnggul.com

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya SuamiUnggul.com

Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial SuamiUnggul.com

Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah SuamiUnggul.com

Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

Masihkah Ada Harapan?

Berita Baiknya! Manusia itu memang boleh berubah!

Jika si suami boleh berubah kepada yang ‘tidak baik!’ (tunggul) . Maka, itu bermakna, si suami juga boleh berubah kepada yang ‘baik’ (unggul).

Apa yang penting, sebagai isteri! Anda perlulah bijak memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

iklan2u
Logo
Register New Account
Reset Password