Connecting buyers and sellers seamlessly, iklan2u.my offers a user-friendly interface to post and explore a diverse range of classified ads.
Best price

Semakan Keputusan SPM 2022

Deal Score+1
Deal Score+1

Semakan Keputusan SPM 2022 Secara Online / SMS

Semak Result SPM 2022 Online Dan SMS. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2022 diumumkan pada tahun 2023? Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka diumumkan pada bulan Mac setiap tahun. Namun disebabkan pandemik COVID-19, tarikh keputusan dijangka ditangguhkan ke pertengahan tahun. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan.

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Jun 2022. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online (JIKA ADA) dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2022 Online Dan SMS

Buat panduan pelajar Tingkatan 5 dan ibu bapa pelajar. berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2022.

Ianya merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah membuat semakan.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2022 : Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis)
  • 2021 : 16 Jun 2022
  • 2020 : 10 Jun 2021
  • 2019 : 5 Mac 2020
  • 2018 : 14 Mac 2019
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2022 diumumkan adalah pada 8 Jun 2023 (Hari Khamis)

Kaedah/ Cara Semakan Keputusan SPM

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan SPM 2022 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan calon SPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka secara online selepas 1000 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 8 Jun 2023
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Semak Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat SMS. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak>No.KP<jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
  • Perkhidmatan SMS akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi, (8 Jun 2023) sehingga jam 600 petang, (14 Jun 2023)

3. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Android.

  • Tidak disediakan tahun ini

Kenyataan Media KPM

Kenyataan media bagi keputusan SPM 2022 adalah seperti berikut:-.

KM KPM Berkaitan Keputusan Peperiksaan SPM TahunKM KPM Berkaitan Keputusan Peperiksaan SPM Tahun

Selamat membuat semakan keputusan result SPM 2022 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Moga hasrat anda untuk melanjutkan pengajian tinggi anda ke Universiti awam atau swasta pilihan anda tercapai.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

iklan2u
Logo
Register New Account
Reset Password