Perubahan tubuh sepanjang berpuasa
Perubahan tubuh sepanjang berpuasa
Puasa merupakan salah satu ibadah yang dilakukan oleh seluruh umat muslim di dunia. Puasa memiliki 2 jenis, ada puasa wajib ada pula puasa sunnah. Bukan hanya memiliki manfaat yang baik untuk iman dan takwa, namun berpuasa juga sangat baik untuk kesehatan tubuh. Bahkan perubahan yang terjadi pada tubuh saat berpuasa selama sebulan penuh akan sangat baik untuk kesehatan.
Berpuasa sebulan penuh atau biasa disebut dengan puasa Ramadan, menjadi salah satu waktu dimana tubuh beristirahat. Pada bulan suci ini, umat muslim menjalankan ibadah puasa selama sebulan penuh, tidak makan dan minum mulai dari waktu ibadah subuh hingga magrib. Jika dilakukan dengan benar ada beragam manfaat puasa yang bisa dipetik, termasuk bagi kesehatan fisik sekaligus mental seseorang.
Pada hari pertama dan kedua
Aras insulin beransur menurun merangsang penggunaan tenaga dalam bentuk glikogen.
Selepas dua hari
Aras insulin tadi membuatkan tubuh beralih untuk menghasilkan tenaga secara alternatif melalui proses glukoneogenesis (penghasilan tenaga daripada protein) dan glikolisis (pemecahan lemak bertujuan menghasilkan tenaga).Usah bimbang dengan mitos menggambarkan penggunaan protein untuk menghasilkan tenaga ini bakal memberi kesan kepada otot tubuh. Ini kerana terdapat pelbagai sumber protein lain digunakan sebelum tubuh menggunakan protein daripada otot.Tambahan pula tenaga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme tubuh normal daripada metabolisme lemak dalam tubuh mencukupi.
Lima hari pertama (setiap hari)
Berat badan menurun 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. Penurunan insulin memberikan kesan kepada air dan garam tubuh.Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuresis. Oleh itu, biasanya berpuasa memberi kesan penurunan tekanan darah.
Lima hingga tujuh hari
Peningkatan aras Hormon Pertumbuhan (GH):Selepas berpuasa selama lima hingga tujuh hari, peningkatan GH menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan.Selain itu, GH memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan otot dan tulang sepanjang berpuasa tidak terganggu kerana berpuasa.
Metabolisme tubuh
Anggapan berpuasa menurunkan metabolisme tubuh tetapi hakikatnya cara berpuasa yang betul tidak akan menurunkan kadar berkenaan.Bangun awal pagi untuk bersahur dengan pengambilan makanan seimbang adalah permulaan yang baik untuk berpuasa bagi merangsang peningkatan metabolisme pada hari berkenaan.Selain itu, peningkatan hormon GH membantu memastikan metabolisme kekal pada tahap optimum. Perubahan ketara apabila berpuasa adalah peningkatan hormon noradrenalin, suatu bahasa tubuh untuk merangsang individu mencari makanan.Selari peningkatan hormon ini, kadar metabolisme tubuh turut meningkat. Jangan bimbang mengenai penurunan metabolisme ketika berpuasa. Tanpa disedari kadar metabolisme anda sebenarnya lebih aktif ketika itu.Amalan berpuasa memberi pelbagai faedah kepada tubuh dengan mengalihkan proses pengambilan tenaga kepada pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme serta memberi perlindungan kepada otot dan tulang.Bagaimanapun, keseimbangan dan faedah ini sukar diperoleh sekiranya anda tidak berjaya mengawal nafsu makan ketika dan selepas berbuka.Bagi yang mengharapkan kesan baik sepanjang Ramadan ini, amalkan diet makanan sihat, Ramadan bukan tiket makan berlebihan ketika berbuka.