Connecting buyers and sellers seamlessly, iklan2u.my offers a user-friendly interface to post and explore a diverse range of classified ads.
Best price

Online Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023-2024

Deal Score+1
Deal Score+1

Online Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023-2024

Panduan buat pemohon Universiti Awam dan Politeknik serta Kolej Komuniti/ ILKA bagi sesi akademik 2023/2024 yang gagal mendapat tawaran pertama dan telah membuat permohonan rayuan. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan rayuan UPU buat pemohon lepasan SPM dan STPM.

Untuk makluman, permohonan rayuan buat lepasan SPM/ setaraf akan dibuka sama dengan tarikh keputusan UPU diumumkan.

Semakan Keputusan Rayuan UPU

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023-2024 Online

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2022-2023 buat rujukan pelajar. Maklumat semakan rayuan bagi ambilan 2023-2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  1. Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2022 telah diumumkan secara rasmi.
  2. Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
  3. Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.
  4. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui sistem UPUOnline

Tarikh Penting Permohonan Dan Keputusan Rayuan UPU 2022

*Dalam kurungan adalah tarikh bagi tahun sebelumnya

a) Lepasan SPM/ setaraf

  1. Permohonan rayuan Lepasan SPM/ Setaraf : 22 hingga 31 Julai 2022, jam 5 petang (16 hingga 26 Julai 2021)
  2. Semakan Keputusan Rayuan SPM/ Setaraf : 22 Ogos 2022, jam 12 tengah hari hingga 26 Ogos, jam 5 petang (19 hingga 23 Ogos 2021)
  3. Tempoh setuju terima tawaran : 23 hingga 27 Ogos (20 hingga 24 Ogos 2021)
  4. Semakan rayuan Politeknik : —
  5. Hebahan Kedua Keputusan Rayuan Lepasan SPM : —

b) Lepasan STPM/ setaraf

  1. Permohonan rayuan Lepasan STPM/ Setaraf : 25 September hingga 4 Oktober 2022 (15 hingga 25 September 2021)
  2. Semakan Keputusan Rayuan STPM/ Setaraf  Fasa 1: 25 Oktober hingga 30 Oktober 2022 (18 hingga 23 Oktober 2021 (5.00 petang))
  3. Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2: —

Rayuan UPU online boleh dilakukan dengan cara melayari laman web UPU dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

 

 

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Sesi 2022/2023 Online

Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dan melalui SMS :-

Nota : sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan.

  • B. Semakan Keputusan UPU 2021 Melalui SMS
    1. Universiti Awam dan Politeknik Premier
      • Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888
  • C. Semakan Keputusan Rayuan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket
    1. Muat Turun di Google Play Store atau Apple App Store

Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU

Contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

PROSES PEMILIHAN KEMASUKAN LEPASAN SPM & STPM/ SETARAF

Proses pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM & STPM/Setaraf

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut tentang permohonan UPU:

Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2022-2023 Online. Semoga segala usaha anda membuahkan hasil yang lumayan.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

iklan2u
Logo
Register New Account
Reset Password