Connecting buyers and sellers seamlessly, iklan2u.my offers a user-friendly interface to post and explore a diverse range of classified ads.
Editor choice

Mula melabur saham

Klikjer
Deal Score0
Deal Score0

Mula melabur saham – Di dalam buku tersebut, beliau mengajar dan mengajak orang ramai agar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka di dalam ilmu pengurusan kewangan , agar satu hari nanti, mereka tidak perlu lagi bekerja bermatian-matian untuk mendapatkan wang… tetapi, mereka boleh gunakan wang yang mereka ada untuk menghasilkan lebih banyak wang!JomLaburSaham.com

Sebenarnya,  ada banyak cara untuk membolehkan wang yang kita ada.. menghasilkan lebih banyak wang!

Namun di sini… saya akan fokuskan kepada teknik mem”beranak”kan wang dengan menggunakan kaedah pelaburan saham!

Secara spesifiknya, pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia atau dulu lebih dikenali dengan nama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).

Mengapa Pelaburan Saham?.

Satu hukum yang anda perlu faham di dalam dunia pelaburan ialah…. keuntungan yang tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan yang rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return).JomLaburSaham.com

Dibawah ini graf perkadaran antara kadar risiko dan juga kadar pulangan keuntungan yang boleh diperolehi bagi setiap jenis pelaburan dalam tempoh tahunan..

Anda boleh lihat, pelaburan yang berisiko rendah seperti Deposit Tetap (Fixed Deposit), hanya akan mampu memberikan kadar pulangan yang rendah, iaitu dibawah 5% setahun kerana risiko untuk anda kehilangan duit anda juga sangat-sangat rendah.

Jika anda simpan sahaja duit anda di ASB atau Tabung Haji, kadar pulangan yang boleh anda perolehi setahun adalah sekitar 5-10%.

Manakala, jika anda melaburkan duit anda dengan membeli emas atau hartanah, potensi untuk duit anda membiak adalah sekitar 20% setahun… namun anda perlu pegang  (“hold”) pelaburan tersebut dalam tempoh yang sedikit lama, biasanya sekitar 10-20 tahun.

Unit amanah pula, adalah salah satu instrumen pelaburan yang bagus juga. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang lebih gemar melabur secara pasif, iaitu mereka yang lebih suka “letak dan biar” duit mereka.

Manakala, jika anda jenis yang suka membuat analisis, suka melihat carta, suka membaca laporan dan berita serta mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi wang anda Maka, pelaburan saham adalah lebih  sesuai untuk anda.JomLaburSaham.com

Untuk pelaburan jenis CFD dan Forex, sememangnya, ia boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi lagi dari pelaburan saham, namun kedua-dua pelaburan tersebut adalah tidak patuh syariah, jadi, sebagai seorang muslim, saya tidak menggalakkan anda untuk melabur di kedua-dua jenis pelaburan tersebut.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

iklan2u
Logo
Register New Account
Reset Password