Cara buka akaun tiktok seller
Cara buka akaun tiktok seller
Syarat Untuk Daftar TikTok Shop
TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunaakn TikTok Shop iaitu:
- Mempunyai follower lebih 1000
- Berumur 18 tahun dan ke atas
Jika anda sudah capai syarat yang ditetapkan ini, anda boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual produk bersama viewer dan followers anda di TikTok.
Daftar TikTok Shop
Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business
- Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
- Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
- Setelah dokumen disahkan, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa maklumat yang diperlukan
- kemudian pergi ke My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
- Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.
- Selesai!
Untuk pengguna pula yang kali pertama ingin beli di TikTok, anda boleh dapatkan diskaun RM12 untuk pembelian pertama sahaja bagi mana-mana produk yang dijual dalam platform tersebut.Jadi selain daripada upload video, anda juga boleh cari pendapatan tambahan sebagai seller di TikTok Shop juga. Trafik di TikTok pun dah tinggi kan, jadi lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan untuk beli produk anda.