Another Community Classified Website in Malaysia with Blog and coupon functionality.iklan2u.my is an advertising and classified website in Malaysia with a blog concept and coupon offered.

RedMagic 8 Pro Kini Sampai Di Malaysia

0
Editor choice RedMagic 8 Pro Kini Sampai Di Malaysia

Peranti Gaming Snapdragon 8 Gen 2

RedMagic 8 Pro adalah peranti gaming kedua di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 selepas iQOO 11.

RedMagic 8 Pro menggunakan skrin 6.8-inci AMOLED 120Hz FHD+ dengan sokongan paparan HDR10+. Rekaan skrin adalah menyeluruh tanpa gangguan lubang kamera atau takuk dan turut menggunakan bezel sangat nipis. Ini dibolehkan kerana kamera swafoto 16MP adalah sensor bawah skrin UDC generasi kedua.

Peranti ini dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0. Kamera belakang adalah 50+8+2 Megapixel, bateri peranti adalah 6000mAh dengan pengecasan pantas GaN 65W, serta dilengkapi dengan sistem speaker stereo.

Peranti ini turut mempunyai kipas penyejuk fizikal ICE 11 Multi-Dimensional Cooling System yang diperbuat dari aloi aluminium gred pesawat 59 bilah dan berpusing pada kadar 20,000 RPM. Sisi peranti turut dilengkapi dengan salur udara untuk mengeluarkan udara panas. Suis lungsur fizikal turut dikekalkan untuk menukar mod biasa ke mod permainan dengan mudah. Sebagai peranti gaming, sistem RGB turut disertakan.

Peranti ini menggunakan rekaan yang rata di sisi, atas, bawah serta depan dan belakang. Peranti turut rasa tegap di tangan dan nampak premium dengan rekaan yang tidak begitu ranggi serta kemasan hitam kusam yang menawan.

RedMagic 8 Pro menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13 yang dilengkapi dengan ciri RedMagic Studio untuk menyiarkan permua ke laptop dan menjadikan peranti sebagai alat kawalan, sokongan widget yang banyak dan dikuasakan dengan sistem pintar untuk pengurusan peranti dari memori, sekuriti dan banyak lagi.

RedMagic 8 Pro dijual di Malaysia pada harga RM3699 untuk model 12/256 GB (warna Matte) dan RM4299 (warna Void, lutsinar) untuk 16/512 GB, Jualan akan bermula pada 25 Februari ini di Lazada rasmi mereka – REDMAGIC MY. Sempena pelancaran, model 12/256 GB boleh dibeli pada harga RM2899 dan 16/512 GB pula pada harga RM3499.

SUMBER : https://amanz.my/

Basic Parameters

Display

Cooling System

Hardware

Capacity*

Connectivity

Cameras

Sensors

Operating System

REDMAGIC OS 6.0 based on Android 13.0

Battery & Quick Charging

Battery: 6000mAh Dual Cell Battery

Quick Charging: Supports 65W (65W GaN quick charger in the box)

Ports

USB 3.1,Type-C, DP, Dual nano-SIM slot, 3.5mm Audio Jack

Audio Supported Formats

Playback: WAV, AAC, MP3, AMR, FLAC, OGG, APE

Recording: MP3

Video Supported Formats

Playback: 3GP, ASF, AVI, FLV, M2TS, MKV, MOV, MP4, MPG, MTSTS, WEBM, WMV, MPEG, M4V

Recording: MP4

Image Supported Formats

Playback: JPEG, PNG, GIF, BMP, WBMP, HEIC

Output: JPEG

Special Functions

Shoulder Trigger Buttons: 520Hz touch sampling rate touchpads

Game Space Switch: Toggles special game mode on or off.

RGB Light: fully customizable lighting effects

In the Box

REDMAGIC 8 Pro phone x 1

Clear phone case x 1

Power adapter x 1

Type-C data cable x 1

SIM tray ejector x 1

Warranty Card x 1

Documentation

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

iklan2u
Logo
Register New Account
Reset Password