Asmaul Husna merujuk kepada 99 nama atau sifat-sifat Allah yang mulia dan sempurna. Setiap nama tersebut mengandungi makna yang mendalam dan memberi gambaran tentang kebesaran, kekuasaan, kebijaksanaan, dan kasih sayang Allah SWT. Asmaul Husna merupakan konsep penting dalam agama Islam yang mengajarkan keesaan Allah dan mengingatkan umat Muslim untuk senantiasa memuji dan mengingat-Nya.
Berikut doa asmaul husna rujukan dari Al-Quran Al-karim alHaramain :

Yang maha berdiri sendiri
Diantara doa yang menyebut nama Allah ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA,
اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ بأنَّ لَكَ الحمدُ لا إلَهَ إلَّا أنتَ المنَّانُ بديعُ السَّمواتِ والأرضِ يا ذا الجلالِ والإِكرامِ يا حيُّ يا قيُّومُ إني أسالك
“ Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu bahawa hanya milik-Mu segala puji-pujian, tiada tuhan kecuali Engkau, Yang Maha Pemberi Anugerah, Penciota langit dan bumi, wahai yang Maha gagah dan Maha Mulia, Wahai yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu (Misykatul Masabih 2290)
Yang maha berdiri sendiri
Dari Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW berdoa ketika dilanda kesulitan:
Yang maha memaafkan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia” [riwayat al-Bukhariy & Muslim].
Seorang arab badwi pernah datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata “ Ajarkanlah aku doa yang boleh aku baca” Baginda Menjawab, “katakanlah:
قُل لاَ إله إلاَّ اللَّه وحدَهُ لا شرِيكَ لهُ، اللَّه أَكْبَرُ كَبِيرًا، والحمْدُ للَّهِ كَثيرًا، وسُبْحانَ اللَّه ربِّ العالمِينَ، وَلاَ حوْل وَلا قُوَّةَ إلاَّ باللَّهِ العَزيز الحكيمِ
“ Tiada Tuhan Melainkan Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya, Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan segala puji hanya Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah, Tuhan alam semesta, tiada daya dan upaya kecuali kerana Allah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (Sahih Muslim 2696)
Yang maha bijaksana
Daripada Abu Bakrah r.a bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika ditimpa bencana,
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
“ Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan, Janganlah Engkau sandarkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata, perbaikilah seluruh urusanku, tiada tuhan kecuali Engkau.” (Sahih Jami’: 3388)
Seorang hamba perlulah mempunyai keyakinan yang baik, indah didalam kesabaran, dan memahami hakikat redha sehingga hatinya menjadi tenang ketika ditimpa pelbagai kejadian dan bencana. Demikian juga jiwa menjadi tenang didalam memahami hikmah ujian kerana mereka menyakini bahawa hanya Allah-lah yang mengatur segenap makhluk sebagaimana yang DIA kehendaki.
Yang maha pelindung
Hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya :
قالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّه عليه وسلم: من أطعمَهُ اللَّهُ الطَّعامَ فليقُلِ اللَّهمَّ بارِك لنا فيهِ وأطعِمنا خيرًا منْه
Artinya : “Telah bersabda Rasulullah saw : Siapa yang direzekikan olih Allah akan suatu hidangan maka ucaplah :
اللَّهمَّ بارِك لنا فيهِ وأطعِمنا خيرًا منْه
Ya Allah berkatilah kami pada makanan ini dan berilah kami makan yang lebih baik darinya.” (Hadith Tirmizi)
Yang maha memelihara
Pengamalan dan penghayatan Asmaul Husna memberi manfaat besar kepada umat Islam. Ia mengajarkan untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam, memperkuat iman, memperbaiki akhlak, serta mendekatkan diri kepada-Nya melalui doa dan amal ibadah yang bermakna. Asmaul Husna juga menjadi sumber inspirasi dalam berdoa, memohon pertolongan, keampunan, dan berkah dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
Oleh itu, pemahaman dan penghayatan terhadap Asmaul Husna adalah penting dalam kehidupan seorang Muslim, sebagai satu bentuk penghormatan dan pengagungan kepada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Agung.