Berniaga di Tiktok Shop – Ini 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Tiktok Shop Sekarang! Jika anda masih tertanta-tanya, adakah perlu anda berniaga di Tiktok? Disini , saya berikan anda 7 Sebab kenapa anda perlu berniaga di TikTok!
1. Baru Dilancarkan! Persaingan Masih Kurang!
Tiktok Shop baru sahaja dilancarkan sekitar bulan April 2022 di Malaysia. Disebabkan itu, masih belum ramai lagi peniaga yang berniaga disitu. Ini menjadikan pesaingan di platform Tiktok Shop agak kurang sengit berbanding platform e-commerce yang lain.
2. Caj Transaksi Masih Rendah!
Sepertimana shopee sewaktu mula-mula dilancarkan dahulu, caj transaksi yang dikenakan adalah sangat rendah apabila anda berjaya menjual produk anda di tiktok! Hanya 2.12% sahaja buat masa ini untuk caj transaksi (berbanding shopee 4.54%) Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda mula berniaga di Tiktok! Perkara ni selalunya tak lama, jadi, cepat-cepat ambil kesempatan ini sebelum Tiktok naikkan caj di masa hadapan!
3. Pengguna Aktif Yang Sangat Ramai!
Tahukah anda? Facebook pun sedang gerun dengan Tiktok sekarang! Bukan sahaja anak muda.. orang-orang yang berumur pun sudah mula beralih dari facebook ke tiktok! Malah, Tiktok hanya mengambil masa 4 tahun sahaja untuk mencapai pengguna aktif sebanyak 1 billion orang, berbanding facebook yang mengambil masa 8 tahun. Tiktok kini berada pada kedudukan ketiga bagi apps sosial media yang paling popular selepas fb dan instagram. Namun, ramai pakar menjangkakan Tiktok akan mengatasi facebook dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Secara purata, pengguna Tiktok akan membuka tiktok mereka sebanyak 8 kali sehari dan menghabiskan sekitar 95 minit sehari di Tiktok!
Dan tahukah anda, di Malaysia, aplikasi Tiktok sedang berkembang dengan pantas mengalahkan negara-negara lain di dunia.
Apakah makna semua ini? Ini maksudnya… di Tiktok ada ramai orang! Dan apabila kita mahu menjual barang… jual lah di tempat yang ramai orang.. 🙂
4. Channel Jualan Tambahan
Sebagai seorang peniaga, bukankah adalah lebih menguntungkan jika kita boleh membuka lebih banyak cawangan atau channel jualan produk kita? Di Shopee kita jual.. di Lazada kita jual… di Tiktok pun kita jual! Kenapa nak gunakan satu saluran jualan sahaja jika kita boleh buka banyak saluran jualan serentak? Percuma pulak tu! Rugi lah kalau tidak gunakan!
5. Kurangkan Kos & Tingkatkan Keuntungan
Kadang-kadang, jualan produk kita menjadi slow, bukanlah disebabkan produk kita itu. Tetapi disebabkan alghoritma platform tersebut. Seringkali, kedai dan produk kita tidak muncul di halaman keputusan carian apabila orang mencari produk kita itu. Kalau mahu produk kita dipaparkan di halaman carian, maka kena keluar duit bayar iklan dulu.. baru produk kita orang boleh jumpa!
6. Kurang Gangguan Pesaing!
Selalukan.. kalau di Shopee atau Lazada… bila orang dah masuk kedai kita dan lihat-lihat produk kita… dibahagian bawah produk kita tu, mesti ada senarai produk yang sama dari penjual lain dipaparkan! .
Lagi mengharukan.. produk pesaing yang dipaparkan di bahagian bawah produk kita tu… harganya lebih murah!! Sah-sah lah pembeli akan klik dan beli dari pesaing kita tu!
Tapi! Perkara ini tidak berlaku di Tiktok! Jika pembeli dah tonton video kita di tiktok, apabila mereka klik shopping beg, mereka hanya akan nampak produk kita sahaja.. tiada produk dari pesaing dipaparkan!
7. Mudah Viral
Satu kelebihan di Tiktok ini ialah, ia bermula sebagai sebuah aplikasi sosial media, maka ciri-ciri untuk menjadikan sesebuah post itu “viral” itu memang sudah ada pada tiktok! Jadi, kedai dan produk anda sebenarnya lebih mudah menjadi viral di Tiktok berbanding di platform-platform yang lain!