Bebaskan hidup dari hutang – Perkara pertama yang perlu ada di dalam fikiran dan mindset anda ialah… “Bagaimana Untuk Saya Membayar & Melangsaikan Hutang Saya?”
Jika niat seperti itu sudah ada dalam diri anda.. InsyaAllah.. ianya akan dipermudahkan!
Mari kita lihat pada dua hadis ini yang bercakap tentang “NIAT Membayar Hutang!”JomBebasHutang.com
“Jika seorang Muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahawa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia,” – Riwayat Ibnu Majah
“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” Riwayat Imam Bukhari.
Ini menunjukkan… “NIAT” , atau keinginan untuk membayar hutang itu sebenarnya adalah sangat penting dan powerful!
Jika anda mempunyai niat yang kuat untuk melangsaikan hutang anda…. insyaAllah, Allah akan permudahkan dan akan tunjukkan jalannya.JomBebasHutang.com
Dan.. mungkin itu juga menjadi asbab.. mengapa anda menjumpai website ini!