
Anak bawah 5 tahun
Sebagai ibu bapa kita seharusnya peka terhadap perkembangan anak-anak kita yang sedang membesar terutamanya ketika usia 1 hingga 5 tahun.kerana pada peringkat ini anak-anak sememangnya memerlukan perhatian yang lebih untuk terus positif meningkat dewasa.
Berikut saya kongsikan serba sedikit tip menjaga kanak kanak bawah 5 tahun yang mungkin setiap ibubapa perlu tahu :-
Sentiasa memberi pujian terhadap anak
Sentiasa la memberi pujian kepada kanak-kanak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang membanggakan ibu atau ayah (anda) kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih serta memberikan peningkatan keyakinan diri yang lebih tinggi ketika hendak membesar ini.
Terima,redha serta sabar menerima kesalahan anak
Sebagai ibu bapa kita seharusnya meletakkan tahap kesabaran tertinggi sekiranya anak kita melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian kerana pada usia 1-5 tahun anak anak memerlukan kasih sayang sepenuhnya.untuk mendapatkan tahap kesabaran yang tinggi kita hendaklah solat 5 waktu ya…insha Allah kita akan jumpa tahap kesabaran yg tertinggi.
Mendengar dengan tekun apabila anak bercerita
Apabila anak memanggil kita untuk mula bercerita maka tinggalkan la dulu sebentar apa yang sedang kita lakukan ketika itu berikan sepenuh perhatian kepada anak anak untuk mendengar apa yang hendak mereka cerita atau sampaikan kerana pada usia 1 hingga ke 5 tahun ini mereka cenderung untuk bercerita dah petah berkata-kata.
Terima anak seadanya
Terima anak seadanya bermaksud kita redha apapun siapapun anak kita.jangan sesekali membeza-bezakan mereka dengan anak-anak orang lain kerana ini akan membuatkan mereka terasa disayangi serta dikasihi selalu.
Hargai apa yang anak buat
Hargailah anak anak dengan apa yang mereka lakukan walau hanya conteng kertas sahaja.pastikan segala peralatan melukis disiapkan selalu disisi anak untuk mereka terus melukis di atas kertas tanpa menyonteng dinding rumah anda.
Peluk anak setiap hari
Pelukla anak hari-hari kerana mereka pada ketika berusia 1 hingga 5 tahun sangat memerlukan pelukan ibubapa bagi membolehkan mereka rasa lebih disayangi serta terasa selamat ketika bersama anda
Ajar anak solat
Solat adalah tiang agama bagi yang beragama islam.Maka mengajar anak bersolat merupakan perkara paling wajib yang perlu dilakukan setiap ibu bapa.langkah pertama untuk mengajar anak anak bersolat adalah bermula dengan kita.Kita sebagai ibubapa seharusnya menjadi contoh kepada anak anak untuk mereka mula melakukan solat dengan melihat kita melakukan solat terlebih dahulu.
sumber gambar : halalop.com