50 Tip mudahnya menjaga kereta – JIKA ANDA TAK TAHU ILMU-ILMU BERHARGA INI, MEREKA (POMEN) AKAN KAUT UNTUNG RATUSAN RINGGIT MALAH SEHINGGA RIBUAN RINGGIT DARI POKET ANDA, DEK KERANA KECUAIAN ANDA …… SEDANGKAN ANDA BOLEH ELAKKAN KEROSAKAN DAN PEMBAZIRAN WANG PADA PEMBAIKPULIHAN KERETA DENGAN MEMPELAJARI ILMU PENJAGAAN KERETA YANG SEBENAR.Tips Kereta
Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Ramai pelanggan yang datang ke bengkel keluarga saya, masalah-masalah kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.
Seperti contoh :
- Enjin selalu panas. Puncanya – kerana jarang memeriksa air di radiator.
- Enjin terasa berat. Puncanya – kerana salah memilih minyak hitam.
- Kes paling teruk – enjin perlu dioverhaul kerana tak pernah tukar minyak hitam!
101 Kerosakan Kereta Berpunca Daripada Kurangnya Ilmu
Keluarga saya mempunyai bengkel dan kedai aksesori kereta. Oleh yang demikian, saya tahu pelbagai jenis kes masalah kereta, dan kebanyakannya berpunca dari kekurangan ilmu dalam menjaga kereta.Tips Kereta
Kereta yang nak dibayar mungkin ansuran bulanannya mencecah RM900 sebulan. Tetapi anda harus faham, jika penyelenggaraan kereta anda tidak dilakukan dengan betul, anda sebenarnya membazirkan tambahan ratusan ringgit sebulan – yang sebenarnya boleh dielakkan dengan ilmu dan kemahiran penyelenggaraan kereta yang sebenar
Apakah Akibatnya Jika Kereta Tak Dijaga?
Sebagaimana saya telah ceritakan sebelum ini, pelbagai masalah yang berlaku kepada kereta berpunca daripada sikap atau ilmu yang kurang lengkap dalam menyelenggara sebuah kereta sendiri. Anda tidak perlu jadi seorang mekanik atau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam Automotif untuk menjaga sebuah kereta.Tips Kereta
Berikut adalah contoh kos yang perlu ditanggung oleh salah seorang pelanggan kereta bengkel bapa saya. Pemilik kereta ini tidak menjaga keretanya dengan baik dan hanya tahu “main bawa” sahaja. Akibatnya, kereta beliau terpaksa di “overhoul” kerana terdapat kebocoran pada bahagian radiator serta pelbagai lagi masalah pada kereta beliau. Lebih parah lagi, kereta beliau adalah kereta buatan korea yang sememangnya agak sukar untuk mencari alat gantinya dan harganya juga agak mahal.